Saturday, May 7, 2011

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SELANGOR


Tak kenal maka tak cinta… bila dah kenal, terkenang-kenangkannya…!
Selangor  menyediakan banyak rangkaian tempat untuk kita nikmati bersama keluarga.  Siapa sangka, rupanya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Selangor seperti gua batu cave yang bertapak nya di situ sebuah tokong terbesar di asia.,Tidak saya sangka, Selangor mempunyai tempat yang indah dan unik sebegini

Bukan setakat itu sahaja, ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan mungkin amat sesuai dengan jiwa kita…!  Tak kenal maka tak cinta!!
Dan kerana bila tak kenal maka tak cinta saya berpendapat, Selangor Tourism seharusnya membuat hebahan dengan lebih meluas lagi tentang keindahan dan pelancongan dan juga terdapat banyak air terjun yang terdapat di selangor .
Adakan lebih banyak promosi dan pakej pelancongan yang bertaraf mampu bagi mereka yang tidak berpendapatan tinggi supaya tarikan harga yang murah itu dapat mendorong mereka untuk melancong ke Selangor.
Bercakap pula tentang ini adalah satu laman kontes yang dipelopori oleh Pelancongan Selangor untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan sumber pelancongan yang sangat kaya untuk dijelajahi dan dinikmati oleh pelancong di seluruh dunia.


Pengarah
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Selangor
Aras 15-03, Wisma Sunwaymas
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
Seksyen 9
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-5511 1122 / 5510 8816
Faks : 03-5513 1199 / 5513 1399

No comments:

Post a Comment