Friday, May 6, 2011

PROJEK KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Susur Keluar Ke Lebuhraya Dari Tasik Puteri Tidak Lama Lagi
Rawang, updated Thu 21st of April 2011

Penduduk Bandar Tasik Puteri bakal menerima susur jalan keluar masuk ke lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (KLKSE) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Selayang, William Leong hari ini.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemantau perkembangan itu bersama Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib, wakil dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS), wakil Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ), wakil KLKSE Berhad, wakil pemaju Ap Land Berhad di pejabat MPS baru-baru ini.

Menurut William, status lebuhraya fasa pertama yang telah siap dibina adalah terowong dan jambatan untuk menghala ke bandar Tasik Puteri.

Kesemua plan pembangunan susur keluar masuk ini telah diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab melalui maklumat yang telah diberikan oleh wakil LLM.

Dalam perbincangan itu juga wakil daripada LLM mengatakan, pihaknya tiada masalah untuk menguruskan pengambilan tanah atas persetujuan rakyat di kawasan kediaman Bandar Tasik Puteri.

Di sini apa yang penting pihak pemaju perlu berbincang dengan pihak konsesi lebuhraya untuk plan rekabentuk bagi mendapatkan keluasan tanah yang bakal diambil dan diserahkan kepada LLM untuk disahkan.

Penduduk Bandar Tasik Puteri sentiasa merungut dengan masalah kesesakan jalan raya yang mereka hadapi untuk ke tempat kerja mereka samada Kuala Lumpur atau lain-lain tempat.

Mereka terpaksa melalui jalan Rawang – Batu Arang yang sentiasa sesak untuk keluar ke tol Rawang menuju lebuhraya Utara Selatan.

Ekoran itu, dalam satu dialog dengan pelbagai pihak pada 24 Oktober tahun lalu, mereka mendesak agar susur keluar ke kawasan mereka dibuat dari KLKSE yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib pula berkata, “Tujuan kita adakan mesyuarat ini bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kemelut susur keluar-masuk lebuhraya KLKS yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna lebuhraya di sini”.

No comments:

Post a Comment