Saturday, May 7, 2011

PERLABUHAN TERMAJU NEGARA DI SELANGOR

Pelabuhan

18.15 Pembangunan pelabuhan terus ditumpukan ke arah menambah keupayaan, menaik taraf peralatan dan kemudahan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelabuhan dan perkhidmatan berkaitan. Projek utama dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan pelabuhan termasuk pembinaan dermaga tambahan Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang, PTP, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan serta terminal kontena dan jeti minyak di Teluk Sapangar, Sabah dan Second Inner Harbour Basin di Pelabuhan Bintulu, Sarawak.

18.16 Jumlah kargo yang dikendalikan di pelabuhan meningkat daripada 223.9 juta tan metrik pada tahun 2000 kepada 369.4 juta tan metrik pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 18-3. Antara pelabuhan utama, Pelabuhan Klang mencatatkan peningkatan 57 peratus dalam pengendalian kontena daripada 70 juta tan metrik pada tahun 2000 kepada 110 juta tan metrik pada tahun 2005 manakala PTP meningkat 102 peratus daripada 29.5 juta tan metrik kepada 59.6 juta tan metrik. Pelabuhan Klang dan PTP disenaraikan pada kedudukan ke-13 dan ke-16 di dunia pada tahun 2004 mengikut bilangan kontena yang dikendalikan seperti dilaporkan dalam Containerisation International Year Book 2005.

18.17 Sungai digunakan sebagai mod perkhidmatan pengangkutan dan juga untuk menggalakkan pelancongan, terutamanya di Sarawak dan Melaka. Terminal bot ekspres dan jeti dibina dan dinaik taraf bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengangkutan sungai diSarawak. Projek membersihkan dan mencantikkan Sungai Melaka juga dilaksanakan termasuk pembinaan benteng sungai, laluan pejalan kaki dan jambatan.

Jadual 18-3 : Keupayaan Pelabuhan, Bilangan Dermaga, Kren, Kapal Singgah dan Jumlah Kargo yang Dikendalikan di Pelabuhan, 2000-2010


No comments:

Post a Comment